AKTIVITI TERKINI

PKRI membantu adik Fakrullah di Serkam, Melaka

Bismillah.
Alhamdulillah, perjalanan tahun 2019 dimulai dengan usaha sukarelawan PKRI mencari dan membantu asnaf yang tidak berkemampua di sekitar Serkam melaka.

Pasukan sukarelawan PKRI telah menziarah ke rumah adik Fakrullah yang bertempat di Taman IKS Pulai Serkam.

Difahamkan, adik Fakrullah ini mengalami kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari masjid. Kecederaan di bahagian kepala menyebabkn adik ini lumpuh satu badan.

Adik Fakrullah amat memerlukan kerusi roda untuk bergerak dan juga bekalan Susu ( 1 tin seminggu)



Pasukan sukarelawan telah berjaya membawa wakil Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) untuk pergi ke rumah adik Fakrullah dan seterusnya menentukan bentuk bantuan yang boleh di berikan kepada adik Fakrullah sekeluarga. Alhamdulillah