AKTIVITI TERKINI

SHSW di Rumah Che Mat Tengkera Melaka

Bismillah.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan limpah kurniaNya perjalanan tahun 2019 telah banyak usaha yang telah dilakukan oleh sukarelawan PKRI dalam mencari dan membantu asnaf yang tidak berkemampuan di sekitar Negeri Melaka.

Pasukan sukarelawan PKRI telah menjalankan satu aktiviti khidmat masyarakat ke rumah Che Mat yang bertempat di Tengkera Melaka.

Khidmat masyarakat ini adalah penggantian tetulang dan bumbung lama kepada baru dan telah dijalankan pada 2 Febuari 2019.

Tujuan khidmat masyarakat ini adalah untuk menjalinkan silatulrahim diantara sekarelawan PKRI dengan masyarakat luar serta dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh asnaf dan memupuk semangat kerjasama diantara  satu sama lain.

Seramai 12 orang anggota sukarelawan PKRI yang telah menyertai program yang dijalankan ini.


Sekian.