Combat Archery di PKRI @ 2019

Bismillahhirrahmanirahim

Alhamdulillah, syukur kepada allah dengan limpah kurnianya perjalanan tahun 2019 telah banyak usaha yang telah dilakukan oleh sukarelawan riac dalam menyusun dan menjayakan lagi program kelab memanah bagi memeriahkan lagi acara dan menarik perhatian ramai

Buat julung kalinya, pasukan sukarelawan RIAC telah berjaya  menjalankan satu pertandingan combat achery pada 31 mac 2019 bagi memvariasikan lagi acara - acara memanah riac

Pertandingan Combat Archery ini berjaya menarik perhatian sehingga pihak RIAC kami perlu  menerbitkn 16 perlawanan.

Tujuan pertandingan Combat Archery ini adalah untuk menarik perhatian warga muda mahupun tua untuk melibatkn diri dalam aktiviti sunnah ini. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan bagi melatih diri supaya fokus ketika melakukan sesuatu tindakkan dan juga kepentingan berkerjasama dalam permainan. Permainan combat archery  yang bertemakan save zone is not exist ini memberi pengalaman kepada peserta supaya bermain dalam kawasan yang mudah dicari dan memerlukan ketangkasan menimbak. 

Dalam erti kata lain, pasukan RIAC telah berjaya membentuk satu corak pertandingan yang begitu ekstream dan disukai ramai. 

"Bulan sudah terang, Bayang sudah nampak", sudah tidak dapat dinafikan lagi bahawa Raudatul Ikhlas Archery Club berjaya menerangkan tentang kepentingan dan kebaikan kepada mereka yang menceburi aktiviti memanah ini. 

Kesimpulannya, memanah bukan sahaja satu permainan tetapi merupakan satu struktur pembelajaran yang tersedia. 


Sekian.