AKTIVITI TERKINI

Visi, Misi & Polisi Pertubuhan

VISI (TUJUAN)

·      Ikhlas Yang Tulin, Iman Yang Benar – merupakan visi yang perlu dicapai oleh setiap ahli

·      Ikhlas Yang Tulin – Buat sesuatu untuk mendapat REDHA ALLAH semata-mata. “ALLAH suka aku sudah”

 

MISI (TUGAS)

·      Setiap ahli hendaklah melaksanakan misi (Tugas) yang ditetapkan untuk mencapai visi PKRI.

·      Menyatukan dan membina individu dari pelbagai latar belakang bagi membentuk masyarakat yang bebas dariperbuatan/amalan mengumpat, beramal kerana dunia, sombong, ujub’, hasad/dengki, menganiaya sesama makhluk, dansum’ah/riya`.

·      Mewujudkan satu wadah (platform) kepada ahli-ahlinya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan kebaikan kepada seluruh masyarakat tanpa mengira latar belakang, ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t.

·      Membantu sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang yang tiada arah tujuan atau yang telah kehilangan arah tujuan dalam hidup serta mereka yang teraniaya dengan cara bekerja sama dengan mana-mana badan professional atau agensi-agensi awam yang terlibat atau secara sendiri.

·      Membantu golongan mualaf dan warga tua dari segi kebajikan mereka dengan cara bekerjasama dengan mana-mana badan kebajikan yang menguruskan golongan tersebut atau bertindak secara sendiri.

Menjalankan aktiviti-aktiviti dan majlis-majlis yang boleh meningkatkan tahap fikiran, jiwa, hati dan kerohanian ahli-ahlinya dan individu-individu lain yang berminat.


POLISI

Setiap ahli hendaklah mematuhi polisi yang telah ditetapkan seperti berikut semasa melaksanakan misi:

·      Menjaga Budi Pekerti (Adab/Hikmah)

·      Jujur dan Ikhlas

·      Amar Makruf dan Nahi Mungkar

·      Syukur dan Redha

·      Tawakal

·      Iman

·      Makrifat